
Bayarkhuu Bayarjargal, 21, berkata, dia bertemu Bayarjargal Bayasgalan pada 2011.
“Itulah kali pertama saya bertemu ayah selepas dia kembali dari AS (Amerkataerika Syarikat,” katanya ketika disoal balas oleh oleh peguam bela Manjeet Singh Dhillon, yang mewakili Abdul Razak Baginda.
Bayarkhuu dipanggil dengan nama Mungunshagai Bayarjargal sebelum ini.
Semalam dia memberitahu mahkamah dia menukar namanya disebabkan publisiti negatif yang timbul berikutan kematian ibunya,
Bayarkhuu, yang lulus dari Mongolian National University tahun lepas berkata, dia tidak tahu sama ada bapanya, seorang penyanyi dalam industri hiburan tempatan, diberi peluang memeliharanya.
“Tetapi dia enggan menerima saya ke dalam keluarga barunya,” katanya.
Menurutnya, bapanya telah memohon maaf kerana tidak bersamanya ketika dia kanak-kanak.
Ditanya oleh Manjeet, Bayarkhuu memberitahu: “Saya tahu saya ada bapa, tetapi dia tidak curah kasih sayang kepada saya.”
Dia berkata, ibu dan bapanya bercerai pada 1998 ketika dia berusia setahun.
Bagaimanapun, katanya, dia rasa ibu dan bapanya tidak kahwin secara rasmi kerana tiada dokumen atau gambar mengenai perkahwinan mereka.
Menurutnya, bapanya memberitahunya dia kahwin lain dan mempunyai anak.
Bayarkhuu memberitahu, datuk sebelah bapanya pernah memberitahu mustahil dia akan dapat tinggal bersama keluarga baru bapanya.
Datuk sebelah ibunya, Shaariibbuu Setev, meghalang dia bertemu bapanya, katanya.
“Saya tidak tahu mengapa kedua pihak menghalang saya. Saya tidak pernah tanya mereka,” katanya.
Bayarkhuu menolak cadangan Manjeet dia berbangga dengan bapanya dan disebabkan itu dia mengekalkan nama Bayarjargal wlaupun menukar nama pertamanya.
“Saya guna awalan ‘Bayar’ memandangkan ia bererti gembira dalam bahasa Mongolia,” katanya.
Altantuya dibunuh pada 2006 di hutan Puncak Alam dekat Shah Alam. Dia ditembak di kepala sebelum tubuhnya di letupkan.
Dua anggota polis, Sirul Azhar Umar and Azilah Hadri, yang menjadi pengawal keselamatan Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu menjadi timbalan perdana menteri, didapati bersalah membunuh Altantuya dan dihukum mati.
Abdul Razak Baginda, pembantu Najib, didakwa bersubahat dengan mereka tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
Bayarkhuu, ayah Altantuya, Shaariibuu Setev dan isterinya, Altantsetseg Sanjaa menamakan Razak, kerajaan, Sirul dan Azilah sebagai plaintif dalam saman itu.
Mereka mendakwa terdapat konspirasi dalam pembunuhan itu dan menuntut RM100 juta kerugian, termasuk tuntutan tanggungan.
Perbicaraan di depan hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera ditangguh ke 6 Mei.