
Serangan pada 2012 itu mengorbankan duta AS dan 3 pegawai konsulat yang lain.
“Pihak tentera berjaya mengesan pengganas yang dikehendaki dalam rumah tempat mereka bersembunyi. Pengganas itu, bernama Adel Al-Abdali, dihapuskan selepas pasukan khas menyerbu rumah di mana dia bersembunyi iaitu di Sabha (di selatan Libya). Ketika dia dikepung, dia tidak dapat meloloskan diri jadi dia bertindak meletupkan dirinya sendiri,” kata jurucakap tentera Ahmad al-Mismari dalam sidang akhbar di Benghazi pada Rabu.
“Dia (Al-Abdali) memiliki banyak rekod jenayah. Dia mengambil bahagian dalam pembunuhan Duta AS di Benghazi,” kata al-Mismari.
Jurucakap itu juga berkata tentera menangkap Al-Amin Ali Milud Kalfa, seorang pengganas kanan al-Qaeda yang mengambil bahagian dalam pembunuhan seorang pegawai kanan pada 2008, serta serangan pengganas lain di negara tersebut.
Dua minggu lepas, pihak tentera melancarkan satu kempen ketenteraan terhadap keganasan dan jenayah di selatan Libya.