PSM: Lepaskan GLC boleh jejaskan orang miskin

PSM: Lepaskan GLC boleh jejaskan orang miskin

PSM berkata sesetangah GLC diusahakan dengan baik dan boleh digunakan untuk kepentingan sosial.

KUALA LUMPUR:
Seorang bekas ahli Parlimen melahirkan kebimbangan terhadap rancangan kerajaan untuk melepaskan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada pihak lain, mengatakan sesetangah daripadanya diusahakan dengan baik dan boleh digunakan untuk kepentingan sosial.

Bercakap di satu forum, Michael Jeyakumar dari PSM berkata, ini termasuk pembayaran gaji melebihi gaji minima, menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak di pejabat dan mewujudkan program vendor untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Apabila diserahkan kepada sektor swasta, anda tidak ada lagi kawalan ke atas GLC ini. Jadi, kerajaan perlu kekalkan sumber ini dan gunakannya untuk menolong golongan B40,” katanya pada forum bertajuk “Polisi Ekonomi Pakatan Harapan, Bela Rakyat atau Korporat?”, di sini, malam tadi.

Bekas ahli Parliman Sungai Siput itu berkata, GLC menyumbang 25% daripada kadar dalam negara kasar (KDNK) Malaysia.

Menyerahkan GLC kepada individu kaya bermakna GLC hilang peluang memainkan peranan untuk kepentingan sosial, katanya.

Beliau juga melahirkan kebimbangan cara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berfikir yang didakwa tidak berubah sejak 1960-an.

“Dr Mahathir selalu kata untuk Melayu tampil sebagai bangsa yang maju dalam era moden, mereka perlukan peranan profesor, pengusaha dan kapitalis dan menyerahkan kepada individu Melayu sesuai untuk ini.”

Ahli jawatankuasa pusat PSM itu berkata, ini tidak berjalan lancar di masa lalu. Beliau memberi contoh syarikat seperti Malaysia Airlines yang terpaksa dipajak pada 2001 dengan duit pembayar cukai.

Memetik sumber, Reuters melaporkan Khazanah Nasional mungkin melepaskan beberapa firma berkaitan kerajaan utama, termasuk CIMB, Axiata Group dan Telekom Malaysia.

Khazanah telah pun menjual 16% kepentingan bernilai RM8.4 bilion dalam IHH Healthcare.

Jeyakumar juga menggesa pemimpin Pakatan Harapan menerima pakai pandangan yang lebih holistik sesuatu isu apabila membuat keputusan tertentu, seperti mempromosi pelancongn kesihatan.

“Apabila anda lakukan sesuatu untuk mempromosi sektor swasta, anda menjejaskan sektor awam. Apabila anda usahakan industri pelancongan, hospital swasta akan perlukan lebih ramai doktor dan akan mengambil mereka dari sektor awam.

“Sekarang, hanya 10% pakar dengan pengalaman lebih 10 tahun berkhidmat dalam sektor awam. Baki 90% ada dalam sektor swasta, tetapi hospital awam kendali 70% pesakit, sementara 90% mengendalikan baki 30%,” katanya.

Ini, katanya, adalah sesuatu keadaan yang tidak sepadan yang kerajaan perlu beri perhatian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.