Akhbar Tamil Nesan akan ditutup selepas 96 tahun beroperasi

Akhbar Tamil Nesan akan ditutup selepas 96 tahun beroperasi

Akhbar untuk masyarakat India itu mula diterbitkan pada 24 September 1924.

KUALA LUMPUR:
Surat khabar Tamil Nesan, antara surat khabar yang tertua di Asia Tenggara akan ditutup 1 Februari ini selepas 96 tahun beroperasi.

Pengarah Urusan Datuk Seri S Velpaari ketika dihubungi Bernama News Channel (BNC) mengesahkan akhbar itu yang mula beroperasi pada tahun 1924 akan ditutup.

Isu pertama akhbar Tamil Nesan diterbitkan pada 24 September 1924 dan disasarkan untuk masyarakat India.

Selain Tamil Nesan, akhbar Tamil di negara ini termasuk Malaysian Nanban, Makkal Osai dan Tamil Malar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.