Azeez ditahan SPRM selepas tiba-tiba muncul

Azeez ditahan SPRM selepas tiba-tiba muncul

Media sedang memastikan tujuan bekas pengerusi Lembaga Tabung Haji ke SPRM petang tadi.

Abdul Azeez Abdul Rahim (baju merah) disambut beberapa pegawai SPRM di ibu pejabat agensi anti-rasuah itu di Putrajaya, petang tadi.
PUTRAJAYA:
Bekas pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ditahan selepas tiba-tiba muncul di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi.

Ahli Parlimen Baling itu memasuki bangunan SPRM berseorangan pada 2.55 petang tadi dengan disambut beberapa pegawai badan anti-rasuah. Beliau ditahan pada 4.30 petang tadi.

SPRM dalam kenyataan berkata Azeez ditahan dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram selepas mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Turut ditahan abangnya, Datuk Abdul Latif Abdul Rahim. Mereka akan didakwa esok.

“Kedua-duanya akan dituduh mengikut Akta SPRM dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA),” katanya.

Azeez pernah ditahan SPRM pada 25 September tahun lepas bawah akta yang sama. Dia dibebaskan dengan ikat jamin SPRM pada 5 Oktober.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.