KPN: Bukan polis, SPRM siasat politik wang di Cameron Highlands

KPN: Bukan polis, SPRM siasat politik wang di Cameron Highlands

Pihak polis hanya menumpukan kepada isu keselamatan.

Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun.
PETALING JAYA:
Ketua Polis Negara berkata bukan polis, sebaliknya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang akan menyiasat apa-apa insiden melibatkan politik wang pada pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands.

Menurut Bernama, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihak polis hanya menumpukan kepada isu keselamatan.

“Kami mengadakan mesyuarat beberapa hari lalu dan isu pemberian duit itu akan disiasat oleh SPRM, bukan polis. Setakat ini, pilihan raya kecil itu berjalan lancar,” katanya dipetik sebagai berkata.

Beliau diminta memberi komen sama ada polis akan menyiasat dakwaan membeli undi selepas beberapa gambar viral di media sosial.

Pengguna media sosial, termasuk pemimpin Barisan Nasional mengkritik politik wang susulan tersebarnya gambar yang menunjukkan seorang wanita memakai kemeja Pakatan Harapan (PH) mengagihkan wang kepada beberapa pemuda.

PH bagaimanapun menafikan sebarang salah laku dengan Penolong Ketua Pusat Operasi PH di Jelai, Arvind Bharet berkata penerima itu adalah sukarelawan yang menerima bayaran balik kos petrol mereka.

Beliau berkata sukarelawan itu pergi ke Tanah Rata dengan menaiki motosikal masing-masing dari rumah mereka di kawasan pedalaman semasa penamaan calon pada Sabtu.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkata pihaknya sedang menyiasat perkara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.