Singapura tangguh mesyuarat Iskandar Malaysia selepas MB Johor ‘ceroboh’ perairannya

Singapura tangguh mesyuarat Iskandar Malaysia selepas MB Johor ‘ceroboh’ perairannya

Republik itu mencadangkan penangguhan mesyuarat tersebut dan dipersetujui oleh Malaysia.

Kenyataan Menteri Hal Ehwal Luar Singapura menyebut, ‘pencerobohan’ MB Johor terhadap perairan negara itu menjadikan mesyuarat JMCIM tidak dapat dipertahankan. (Gambar Bernama)
SINGAPURA:
Mesyuarat ke-14 Jawatankuasa Bersama Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) yang melibatkan Singapura dan Malaysia yang dijadualkan pada Isnin ini (14 Jan) ditangguhkan.

Menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura, republik itu mencadangkan penangguhan mesyuarat trsebut dan dipersetujui olah Malaysia.

Dalam satu kenyataan bagi mengulas pertanyaan media mengenai penangguhan tersebut, jurucakap itu berkata: “pencerobohan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian terhadap perairan Singapura dekat Tuas pada 9 Jan 2019 menjadikan mesyuarat JMCIM ke-14 itu tidak dapat dipertahankan.”

“Justeru Singapura mencadangkan agar mesyuarat JMCIM itu ditangguhkan dan Malaysia bersetuju,” katanya.

Bagaimanapun, kementerian itu tidak menyatakan tarikh baru mesyuarat berkenaan yang mana pusingan kali ini sepatutnya diadakan di pulau itu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijadualkan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.