Pertama kali ketua hakim mahkamah agung Korea Selatan disoal siasat

Pertama kali ketua hakim mahkamah agung Korea Selatan disoal siasat

Yang Sung Tae yang menjadi hakim pada 2011 hingga September 2017 menjadikannya hakim tertinggi pertama disoal siasat akibat salah guna kuasa.

Bekas hakim itu dituduh menjadi dalang utama dalam ‘perbincangan’ untuk memihak kepada bekas presiden yang dibicarakan kerana rasuah. (Gambar AFP)
SEOUL:
Seorang bekas ketua hakim mahkamah agung Korea Selatan pada Jumaat dipanggil untuk disoal siasat berhubung dakwaan terbabit dengan skandal penyalahgunaan kuasa, lapor agensi berita Xinhua.

Yang Sung Tae, yang menjadi hakim pada 2011 hingga September 2017, hadir di Pejabat Pendakwa Seoul, sekaligus menjadikan beliau hakim tertinggi pertama dalam sejarah negara itu yang dipanggil untuk disoal siasat.

Bekas hakim berusia 71 tahun itu dituduh menjadi dalang utama dalam “perbincangan” untuk memihak kepada bekas presiden Park Geun Hye yang dibicarakan kerana terbabit kes rasuah.

Yang didakwa cuba memastikan penubuhan mahkamah rayuan berasingan diluluskan, seperti mana diingini suspek.

Sebelum ini, bekas timbalan ketua badan hal ehwal pentadbiran tertinggi di bawah cawangan kehakiman Yang, Lee Jong Hun ditahan dan didakwa pada November tahun lepas atas pembabitannya dalam skandal penyalahgunaan kuasa kehakiman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.