
Lembaga pengarah memaklumkan SPRM dibenarkan untuk mereman Siew selama 4 hari dalam siasatan ke atas tempoh beliau menjadi pengerusi Tourism Malaysia.
“Lembaga pengarah ingin memaklumkan para pemegang saham dan pemegang taruh lain bahawa operasi kumpulan tidak terjejas dengan perkembangan itu. Operasi pelbagai unit dalam kumpulan sentiasa bawah jagaan ketua-ketua unit dengan rekod prestasi yang terbukti,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, mahkamah membenarkan Siew dan seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat swasta direman bagi membantu siasatan salah guna kuasa melibatkan kontrak kerajaan.
“Menurut sumber SPRM, bekas pengerusi tersebut disyaki menggunakan jawatan dan kedudukannya, dalam mencadangkan sebuah syarikat secara lantikan terus dalam 1 projek kempen pengiklanan digital yang berjumlah lebih RM99 juta menggunakan peruntukan agensi kerajaan tersebut,” lapor Bernama.
Siasatan dibuat bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan penjawat awam.