
Menurut peguam tertuduh, Thalia Rohaina Abdul Latiff, Hakim Mahkamah Sesyen Kangar, Ainul Shahrin Mohamad juga menetapkan 18 Februari untuk penyerahan dokumen.
Thalia Rohaina berkata Shahidan mengalami penyakit yang menyebabkan badannya kebas dan perlu dimasukkan air.
Ahli Parlimen Arau itu didakwa melakukan gangguan fizikal dengan menyentuh tangan hingga ke bahu seorang kanak-kanak berumur 15 tahun 7 bulan dalam kenderaan dinaikinya di perkarangan Stadium Tuanku Syed Putra di Kangar pada 20 Oktober lepas kira-kira pukul 11.30 malam.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.
Beliau yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar pada 12 Disember lepas dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM25,000 dan 2 penjamin.
Sementara itu, peguam yang mewakili mangsa, Mohd Hapiz Rajali berkata mangsa tidak berhasrat meneruskan kes tersebut.
“Anak guam saya ingin menumpu pada pelajaran dan tidak mahu diganggu,” kata Mohd Hapiz.
Kes Shahidan menarik perhatian ramai sehingga polis terpaksa membuat kawalan keselamatan di kawasan Kompleks Mahkamah Kangar.