Firma perundingan gantung kakitangan didakwa hina institusi diraja

Firma perundingan gantung kakitangan didakwa hina institusi diraja

Pemandu Associates sedang menyiasat seorang kakitangan yang didakwa memuatnaik kenyataan yang menghina institusi diraja di media sosial.

PETALING JAYA:
Sebuah firma perundingan hari ini mengumumkan ia menggantung kerja seorang kakitangan yang didakwa memuatnaik kenyataan yang menghina institusi diraja di media sosial.

Pemandu Associates dalam kenyataan hari ini berkata ia memandang serius perkara itu dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Kakitangan Pemandu Associates yang terlibat dalam dakwaan memaparkan sebuah tweet berkenaan institusi diraja telah digantung kerja sementara siasatan dalaman dijalankan oleh syarikat,” katanya.

Pemandu Associates adalah sebuah firma perundingan swasta yang tumpu kepada transformasi sektor awam dan bekerja rapat dengan kerajaan.

Perkembangan ini selepas sebuah lagi syarikat terkenal, Cisco Systems Malaysia bertindak terhadap seorang kakitangan yang didakwa menghina Agong ke-15, Sultan Muhammad V, di media sosial.

Ia menyusuli peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Agong pada Ahad.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.