Penjawat awam terlibat 35% kes rasuah di Pulau Pinang

Penjawat awam terlibat 35% kes rasuah di Pulau Pinang

Setiausaha kerajaan negeri berkata 115 daripada 325 kes rasuah di Pulau Pinang berlaku antara Januari dan November lalu melibatkan penjawat awam.

Kerajaan negeri berusaha kurangkan kes rasuah. (gambar fail)
GEORGE TOWN:
Sebanyak 35% atau 115 daripada 325 kes rasuah di Pulau Pinang berlaku antara Januari dan November lalu melibatkan penjawat awam.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus berkata, 206 daripada 325 kes melibatkan kakitangan sektor swasta.

Berucap pada perhimpunan bulanan perkhidmatan awam di Komtar hari ini, beliau berkata, daripada 325 kes dilaporkan pada 2018, 68 didakwa terima rasuah, 7 memberi rasuah, 14 tuntutan palsu, 37 salahguna kuasa, 3 pemindahan wang haram dan 196 pelbagai kesalahan rasuah,

Katanya, kes disiplin dalam badan berkanun negeri dan agensi negeri berjumlah 44 pada 2018. Ia melibatkan, antara lain, mereka yang tidak hadir kerja, lembab, gagal lapor tugas pada waktu ditetapkan dan menggunakan sijil perubatan palsu,

Farizan berkata, sekurang-kurangnya 52 kakitangan awam dikenakan hukuman melalui amaran, denda, pelucutan emolumen, penahanan kenaikan gaji, pemotongan gaji dan pemecatan.

Beliau memberitahu, kerajaan Pulau Pinang sedang berusaha mengurangkan kadar rasuah kepada 40% tahun ini.

Usaha juga ditingkatkan, katanya, untuk mengurangkan birokrasi dalam perkara berkaitan agensi-agensi kerajaan yang dipercayai dapat membantu menghalang kegiatan rasuah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.