
Pejabat Pendakwa Raya di Konya mengeluarkan 60 waran tangkap sebagai sebahagian siasatan berterusan berkaitan penyusupan kumpulan itu dalam tentera Turki.
Suspek didakwa menjadi “imam” kumpulan pengganas itu dan berkomunikasi dengan anggota tentera yang bertugas.
Sumber berkata, polis melakukan serbuan serentak di 26 wilayah bagi menahan suspek.
Sementara itu, pihak pendakwaan di ibu negara Turki, Ankara, turut mengeluarkan waran tangkap kepada 35 kakitangan Angkatan Tentera Laut Turki, termasuk 10 yang sedang bertugas.
Dalam satu kenyataan, Pejabat Pendakwa Raya di Ankara berkata, suspek didakwa berkomunikasi dengan imam Feto menerusi telefon awam.
Feto dan pemimpinnya, Fetullah Gulen yang berpangkalan di Amerika Syarikat, merancang rampasan kuasa pada 15 Julai 2016 yang menyebabkan 251 maut dan hampir 2,200 lagi cedera.
Ankara turut menuduh Feto sebagai dalang di sebalik kempen jangka panjang untuk menggulingkan kerajaan menerusi penyusupan ke beberapa institusi Turki, khususnya tentera, polis dan kehakiman.