RON95: Rakyat patut bayar RM1.90, bukan RM2.20, kata Khairy

RON95: Rakyat patut bayar RM1.90, bukan RM2.20, kata Khairy

Ahli Parlimen Rembau berkata kerajaan masih belum membuat keputusan di hari ke-3 selepas sistem apungan miyak secara mingguan ditangguh.

PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin hari ini menempelak kerajaan kerana mengutip lebihan 30 sen daripada rakyat bagi pembelian setiap liter minyak RON95, selepas harga runcit baru gagal ditetapkan 1 Januari susulan bantahan daripada pengusaha stesen minyak.

Ahli Parlimen Rembau itu mendakwa rakyat sepatutnya membayar RM1.90 seliter bagi minyak RON95 dan bukannya RM2.20 seliter.

“Dulu minta rakyat derma kepada Tabung Harapan. Sekarang senyap-senyap kutip ‘subsidi’ dari rakyat. Kerajaan apa ini?” katanya di Facebook.

Khairy menegur kerajaan kerana masih belum membuat keputusan di hari ke-3 selepas sistem apungan minyak secara mingguan ditangguh, kerana perlu mengkaji bantahan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) terhadap penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan.

Kerajaaan berkata buat masa ini harga runcit RON95 ditetapkan pada RM2.20 seliter, RON97 pada RM2.50 dan diesel RM2.18, dan harga baru akan ditetapkan sebelum akhir minggu pertama 2019.

“Inilah masalah bila buat pengumuman sebelum teliti semua aspek. Rumah dah siap pahat masih berbunyi,” kata Khairy.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.