Bekas ahli MPSP gugur saman terhadap 2 YB

Bekas ahli MPSP gugur saman terhadap 2 YB

Pengadu diarah bayar kos RM5,000 kepada kedua wakil rakyat berkenaan.

Bekas ahli MPSP G Rajasegar (dua, kanan) bersalaman dengan H’ng Mooi Lye di luar mahkamah hari ini. Bersama mereka, RSN Rayer, Ong Khan Lee dan K Mahindra (kanan).
GEORGE TOWN:
Seorang bekas ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan NGO yang dipimpinnya hari ini menarik balik saman malu terhadap 2 wakil rakyat di Mahkamah Tinggi, di sini.

G Rajasegar dan Kongres India Utara (NIC) yang Rajasegar menjadi Presidennya, menyaman H’ng Mooi Lye dan Amar Pritpal Abdullah, Mei lalu ketika mereka menjadi ahli majlis dan calon pilihan raya. Mereka kini wakil rakyat dan Amar juga timbalan speaker Dewan Undangan Negeri.

Di mahkamah hari ini, peguam H’ng, RSN Rayer memohon Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail memerintah Rajasegar membayar kos di samping meminta maaf kepada kedua wakil rakyat berkenaan.

Hadhariah kemudian arahkan Rajasegar membayar kos RM5,000 kepada mereka masing-masing dan tiada boleh failkan saman terhadap mereka di masa depan. Peguam Ong Khan Lee mewakili Amar.

Di luar mahkamah, Rayer berkata, Rajasegar fail saman terhadap H’ng dan Amar berkaitan mesej WhatsApp dalam satu kumpulan untuk ahli-ahli MPSP dan ketua-ketua jabatan.

Katanya, ketika mesej tersebut dihantar, Rajasegar bukan seorang ahli majlis. Bagaimanapun, mesej tersebut yang dianggap memalukan, dibocorkan kepadanya sedangkan mesej tersebut adalah “satu keistimewaan”.

Dalam kenyataan tuntutannya, Rajasegar berkata, H’ng menghantar mesej WhatsApp tersebut ke kumpulan itu, mendakwa Rajasegar menyalahgunakan kuasanya sebagai ahli majlis.

Amar didakwa menyifatkan NIC sebagai sebuah pertubuhan yang “membuat duit”.

Rajasegar fail saman itu pada waktu kemuncak kempen pilihan raya umum, iaitu pada 3 Mei, ketika H’ng dan Amar masing-masing menjadi calon untuk kerusi negeri kawasan Jawi dan Sungai Bakap.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.