
Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa Anwar meliwatnya pada 2008 sehingga menyebabkan bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu dipenjarakan pada 2015, berkata demikian susulan kenyataan Adrielle Iman menafikan dakwaan beliau ada kaitan secara peribadi dengan Anwar.
Adrielle menafikan dakwaan itu di media sosial yang disertakan gambar beliau menghadiri kempen Anwar di Port Dickson.
Adrielle sebaliknya berkata, beliau berada di sana sebagai duta jenama syarikatnya yang menaja 5 acara menampilkan Anwar.
Saiful yang mendapat undi paling sedikit dalam PRK Port Dickson, hari ini mengingatkan Anwar yang calon tidak dibenar menghabiskan lebih RM200,000 untuk kempen mereka.
“Adakah sumbangan bagi 5 program itu diisytiharkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam laporan kewangan calon?” soal Saiful.
“Ia satu kesalahan jika tidak diisytiharkan kepada SPRM dan membelanjakan lebih daripada jumlah dibenarkan.”
Dalam PRK Port Dickson pada 13 Oktober lalu, Anwar menewaskan 6 calon lain dengan majoriti 23,560 undi.