
Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) berkata, dalam keadaan pemimpin-pemimpin kerajaan seolah-olah tiada tahu menangani pelbagai isu yang timbul selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Malaysia mungkin hadapi masa depan yang gelap.
Keadaan ini berlaku dalam keadaan kekeliruan yang disusuli dengan ucapan-ucapan yang menanam bibit-bibit kebencian dan tunjuk perasaan.
Presiden persatuan, Mohamed Arshad Raji, dalam satu kenyataan hari ini berkata, era selepas 9 Mei menyaksikan keadaan radikal kumpulan-kumpulan yang menuntut hak-hak Melayu.
Beliau memberi perhimpunan anti ICERD dan amalan menuding jari dalam isu keganasan di kuil Hindu di Subang Jaya, Selangior bulan lepas sebagai contoh..
“Kontroversi Kuil (Seri Maha Mariamman) Seafield itu yang bermula sebagai konflik perkara yang diatur dan hooligan menjadi isu kaum yang menuntut peletakan jawatan menteri-menteri India.
“Malah kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, di mana pelakunya tidak diketahui dijadikan modal untuk adakan kempen kebencian,” kata Arshad.
Beliau merujuk kepada kumpulan-kumpulan yang mengadakan tunjuk perasaan, mendesak Menteri di Jabatan Pedrdana Menteri P Waytha Moorthy ditangkap.
Arshad berkata, sepatutnya mereka rasa cemas dengan pendedahan hutang Felda yang banyak dan salah urus Lembaga Tabung Haji, tetapi ada kumpulan mendakwa menjadi jaguh hak-hak Melayu melibatkan didi dengan ucapan-ucapan menimbulkan kebencian dan ugutan mahu ‘mengamuk’.
“Semua ini adalah isu yang penting yang (patutnya) menjadi kebimbangan mereka secara langsung, tetapi mereka seolah-olah tidak sedar,” katanya.
Beliau memberi amaran Malaysia akan berhadapam dengan ekonomi dunia yang malap tahun depan dengan ringgit yang lemah, yang telah pun mengancam pertumbuhan stagnan.
“Pandangan untuk 2019 dan selepasnya tidak memberi harapan. Rakyat Malaysia mesti berusaha bersama-sama menghadapi kemungkinan fenomina dunia yang sukar. Jika kira terus bersatu, kesukaran itu dapat dikongsi dan dikurangkan,” katanya.