
Polis Subang Jaya memberitahu FMT kehadiran anggota ditingkatkan bagi mengawal keadaan.
“Kami sedang berkawal dan tiada apa yang berlaku pada ketika ini,” katanya kepada FMT.
Lebih 150 anggota ditugaskan di kedua-dua tempat, termasuk polis berpakaian biasa dan Unit Simpanan Persekutuan.
Jenazah Adib diterbangkan ke kampung halaman di Kedah hari ini, disambut 1,000 orang yang menghadiri pengebumiannya.

Adib mengalami kecederaan serius pada 27 November ketika pasukannya turun ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.
Perusuh didakwa menariknya daripada kenderaan dan menyerang beliau.
Sementara itu, polis memberi amaran kepada semua pihak agar tidak melakukan sebarang provokasi sehingga boleh mencetuskan sensitiviti perkauman atau keagamaan.
“Polis akan terus memastikan langkah-langkah keselamatan sewajarnya diambil bagi memastikan kesejahteraan masyarakat terjamin,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam kenyataan.
Sejak awal bulan ini, kerajaan membenarkan polis menggunakan undang-undang kontroversi bagi menjamin ketenteraman awam.
Undang-undang tersebut adalah Akta Hasutan, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma, Akta Pencegahan Jenayah (Poca) dan Akta Pencegahan Keganasan (Pota) serta Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia.