Ahli lapor SPRM tentang dakwaan rasuah dalam pemilihan presiden Umno

Ahli lapor SPRM tentang dakwaan rasuah dalam pemilihan presiden Umno

Seorang ahli Umno membuat laporan SPRM tentang dakwaan salah laku rasuah dalam pemilihan presiden Umno Julai lalu.

PETALING JAYA:
Seorang ahli Umno membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentang dakwaan salah laku rasuah dalam proses pemilihan presiden Umno Julai lalu melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Umno bergelar “Datuk Seri” itu memberitahu FMT laporan itu dibuat di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya Jumaat lalu.

“Tujuan saya membuat laporan ini adalah untuk menggesa SPRM menjalankan siasatan ke atas fakta aduan di atas secara telus dan mengambil tindakan berpandukan peruntukan undang-undang sedia ada terhadap mana-mana individu yang terlibat di dalam melakukan kesalahan berkaitan,” katanya, yang tidak mahu dinamakan.

Menurut sumber, laporan tersebut menyatakan seorang pemimpin Umno Sabah mendakwa dia menerima wang untuk diagihkan kepada para pengundi di bahagian-bahagian Umno Sabah, bagi tujuan meraih undi dari pihak pengundi tempatan untuk mengundi calon presiden Umno, Zahid.

SPRM hari ini mengesahkan menerima laporan dakwaan rasuah terhadap Zahid pada Jumaat berhubung pemilihan parti Julai lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.