Kerajaan naikkan bajet tentera kepada RM15 bilion

Kerajaan naikkan bajet tentera kepada RM15 bilion

Kementerian Pertahanan mengumumkan pertambahan belanjawan mengurus ditengah-tengah keraguan beberapa pihak terhadap peruntukan dalam Belanjawan 2019.

(Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kerajaan mengumumkan peruntukan untuk tentera bertambah RM1.45 bilion kepada RM15.37 bilion ditengah-tengah keraguan beberapa pihak terhadap peruntukan untuk Kementerian Pertahanan (Kementah) dalam Belanjawan 2019.

Kementah dalam kenyataan hari ini berkata peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan itu akan digunakan untuk belanjawan mengurus.

“Dengan penambahan peruntukan ini, peruntukan terkini bagi Kementah berjumlah RM15,376,816,500 yang membawa perbezaan sebanyak 1% dengan bajet Belanjawan 2018 secara keseluruhan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Mohamad Sabu dilapor berkata peruntukan untuk Kementah akan ditambah dari semasa ke semasa, tertakluk kepada keupayaan kewangan semasa kerajaan, bagi memastikan tahap keselamatan negara berada pada tahap optimum.

Mohamad ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2019 bagi Kementah berkata kementerian sedia menyusun semula keutamaan perbelanjaan dengan langkah-langkah tertentu.

“…seperti mengkaji semula skop dan kos kontrak serta mengamalkan perbelanjaan berhemah tanpa kompromi kepada isu-isu keselamatan, kesiapsiagaan aset ketenteraan, kebajikan dan kesejahteraan warga tentera termasuk keluarga dan veteran,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.