
Naib Ketua Pemuda Umno Sabah, Ghazalie Ansing turut mendakwa presiden Umno itu yang berdepan pertuduhan rasuah dan pecah amanah, menggunakan parti itu sebagai “perisai untuk menyelamatkan dirinya”.
“Presiden tidak mempunyai ‘command and respect’ dalam kalangan pemimpin dan ahli Umno,” katanya dalam kenyataan hari ini, sehari selepas lebih 30 wakil rakyat, senator dan ketua bahagian di Sabah meninggalkan parti itu.
Sehubungan itu, ketua Pemuda Umno Tawau itu mendesak Zahid meletak jawatan serta-merta.
“Jika dia ingkar, saya memohon agar Majlis Tertinggi melaksanakan perkara ini dengan segera agar parti keramat ini boleh maju dan bergerak ke hadapan.”
Ghazalie turut membidas pemimpin Umno yang keluar parti semalam.
“Mereka yang ajar kami untuk berjuang dan melindungi Bumiputera, tetapi kini mereka sudah meninggalkan perjuangan itu.”