Ahli Parlimen gesa siasat kes 52 penjawat awam digugurkan dari Intan

Ahli Parlimen gesa siasat kes 52 penjawat awam digugurkan dari Intan

Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen menyifatkannya kes itu bukan perkara biasa dan perlu diselesaikan segera.

William Leong Jee Keen berkata, JPA perlu menjelaskan kenapa 52 pelajar itu digugurkan sedangkan mereka mempunyai 3 bulan sahaja lagi untuk menamatkan kursus itu. (Gambar Bernama)
GEORGE TOWN:
Seorang ahli Parlimen yang mempengerusikan jawatankuasa pelantikan awam di Parlimen hari ini berkata, kes pengguguran 52 kakitangan awam daripada kursus pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) mesti disiasat segera.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen menyifatkannya bukan perkara biasa dan perlu diselesaikan segera.

Beliau memberitahu FMT, adalah pelik mereka digugurkan memandangkan mereka ada beberapa bulan lagi untuk tamat kursus.

“Nampaknya ada sesuatu yang tidak kena. Awak tidak boleh ubah tiang gol semasa permainan. Ini perlu disiasat segera,” katanya sambil menambah terlalu awal untuk menentukan jika jawatankuasanya boleh menyiasat perkara itu, sementara ia menanti terma rujukan daripada speaker Dewan Rakyat.

Kumpulan 52 pelajar itu ialah sebahagian daripada 86 pelajar yang mengikuti kursus diploma pentadbiran awam di Institut Pentadbiran Awam (Intan). Mereka dakwa digugurkan kerana tidak mencapai markah lulus.

Leong berkata, buat masa ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mengendalikan Intan, perlu memberi penjelasan kenapa 52 pelajar itu digugurkan sedangkan mereka mempunyai 3 bulan sahaja lagi untuk menamatkan kursus 10 bulan itu.

Mereka hanya perlu melalui 3 modul sahaja lagi sebelum dijadualkan tamat kursus pada 7 Februari depan.

FMT cuba menghubungi Intan dan JPA untuk penjelasan, tetapi belum menerima respons.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.