Dua sertai PPBM, tiada lagi Adun bebas di Johor

Dua sertai PPBM, tiada lagi Adun bebas di Johor

Dua Adun yang merupakan bekas ahli Umno ialah Adun Sedili, Rasman Ithnain dan Adun Johor Lama, Rosleli Jahari.

Menteri Besar, Osman Sapian, yang juga pengerusi PPBM Johor itu berkata, keahlian Rasman (kiri) dan Rosleli sebagai ahli PPBM sah diterima mulai 19 November lalu.
ISKANDAR PUTERI:
Dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas di Johor disahkan menyertai PPBM sekali gus menjadikan kerusi yang dipegang oleh Pakatan Harapan (PH) kini sebanyak 39 kerusi.

Dua Adun itu yang merupakan bekas ahli Umno ialah Adun Sedili, Rasman Ithnain dan Adun Johor Lama, Rosleli Jahari.

Osman Sapian.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Datuk Osman Sapian yang juga pemangku pengerusi PH Johor semalam.

Osman, yang juga pengerusi PPBM Johor itu berkata, keahlian Rasman dan Rosleli sebagai ahli PPBM, sah diterima mulai 19 November lalu.

Ini bermakna tiada lagi Adun Bebas di Johor.

Sebelum ini Adun Endau (Alwiyah Talib) juga sah menyertai PPBM sejak 2 bulan lalu, katanya selepas taklimat sempena pembentangan Belanjawan Johor 2019 bersama ketua-ketua biro media Johor, di sini.

Osman berkata, parti itu mengambil masa yang lama kerana perlu melalui prosedur dan tapisan bagi memastikan ketiga-tiga Adun itu benar-benar layak dan boleh menyertai PPBM.

Pada pilihan raya umum ke-14, PH memenangi 36 daripada 56 kerusi DUN dengan DAP memenangi 14 kerusi, Amanah (9 kerusi), PPBM (8 kerusi) dan PKR (5 kerusi) manakala Barisan Nasional (BN) memenangi 19 dan PAS satu kerusi.

Bagaimanapun, 3 Adun Umno mengumumkan keluar dari BN dan menyatakan hasrat untuk menyertai PPBM pada 12 Mei lepas.

Dengan kemasukan 3 Adun berkenaan, kerusi BN menjadi 16 dan Pas kekal satu kerusi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.