Lelaki maut dipukul sekumpulan individu di luar rumah

Lelaki maut dipukul sekumpulan individu di luar rumah

Polis berkata, kira-kira 7 lelaki menarik Dharma Dass Muniandy keluar dari rumahnya dan memukulnya di kawasan tempat letak kereta Projek Perumahan Rakyat di Lembah Subang.

Polis berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang suspek ditahan petang ini, selepas mereka melarikan diri dengan Proton Waja.
KUALA LUMPUR:
Seorang lelaki berusia 42 tahun maut selepas dipukul sekumpulan individu di sebuah Projek Perumahan Rakyat di Lembah Subang, Petaling Jaya, hari ini.

Dalam kejadian 7.20 pagi itu, Dharma Dass Muniandy yang berada di rumahnya didatangi kira-kira 7 lelaki yang menariknya keluar dan memukulnya di kawasan tempat letak kereta.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata mangsa yang cedera meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Suspek melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Proton Waja dan salah seorang daripada mereka ditahan petang ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.