
Hakim Rozilah Salleh turut menjatuhkan hukuman penjara 42 bulan dan denda RM222,500 ke atas bekas pelukis pelan di jabatan itu, Mohd Nasir Mohd Isa kerana menerima suapan berbentuk penginapan hotel dan wang tunai RM40,500 daripada pemilik syarikat sama.
Beliau menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati dengan keterangan saksi pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, malah mengukuhkan kes pendakwaan secara keseluruhannya.
“Saya sebenarnya bersimpati atas faktor usia dan kesihatan tertuduh, namun sebagaimana yang anda tahu, kesalahan yang dilakukan amat serius. Rasuah merupakan jenayah akhir zaman, kita tidak nampak mangsa siapa.
“Ini pengadilan di dunia dan saya buat keputusan berdasarkan keterangan saksi. Saya harap kalau panjang umur, jangan buat lagi sebab masing-masing akan diadili dengan lebih terperinci (di akhirat), jika pengadilan di sini (dunia) tidak rapi.
“Saya harap hukuman ini dapat beri keinsafan dan mencukupi di dunia serta dijadikan iktibar supaya Allah mengampunkan segala dosa kita.”