
Pengerusinya, Aminuddin Harun yang juga menteri besar Negeri Sembilan bagaimanapun berkata, nama Streram adalah keutamaan kerana beliau terlibat di peringkat awal lagi, iaitu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.
Pada hari penamaan calon 28 April lalu, Streram gagal mendaftarkan diri sebagai calon PRU14 ekoran ketiadaan pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memasuki pusat penamaan calon.
Berikutan itu, calon Barisan Nasional yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan diumumkan menang tanpa bertanding kerusi tersebut.
Pada 23 Mei lalu, Streram memfailkan petisyen di mahkamah bagi memohon PRK DUN itu diadakan semula kerana mendakwa penyandangnya tidak dipilih secara sah dan terbatal.
Jumaat lalu, Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini memutuskan PRK DUN Rantau perlu diadakan serta-merta berikutan kemenangan Mohamad tidak sah dan terbatal.