
Selain akan membentuk hala tuju parti selepas pembentukan kerajaan baru, ia juga akan mendengar ucapan terakhir Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden pertama parti itu sejak penubuhannya 20 tahun lepas.
Ucapan bagi membuka tirai secara rasmi kongres 2 hari itu dijadual bermula 9.25 pagi, sebelum diteruskan dengan penyampaian anugerah dan perbahasan ucapan dasar.
Kongres kali ke-13 itu juga akan memperkenalkan barisan kepimpinan tertinggi PKR esok, yang antara lain menyaksikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai presiden baru selepas memenangi jawatan itu tanpa ditandingi.
Anwar, baru-baru ini dipilih menjadi wakil rakyat selepas menang kerusi Parlimen Port Dickson dalam pertandingan 7 penjuru, dijadualkan menyampaikan ucapan penangguhan presiden baru pada sebelah petang sebelum persidangan ditangguhkan pukul 4 petang.
Seramai 2,735 perwakilan menyertai kongres berkenaan yang bermula dengan kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita semalam.