Ketegangan ekonomi global dijangka tekan ringgit minggu depan

Ketegangan ekonomi global dijangka tekan ringgit minggu depan

Ketidaktentuan pasaran global muncul semula berkaitan Brexit akan mempengaruhi permintaan di pasaran baru muncul minggu depan.

Adalah menarik untuk melihat sama ada ketidaktentuan di Eropah menggalakkan pelabur mengambil dolar AS untuk meningkatkan nilainya. (Gambar Reuters)
KUALA LUMPUR:
Pergerakan ringgit dijangka kekal pada aliran menurun minggu depan sejajar dengan kebanyakan mata wang Asia disebabkan ketegangan baru ekonomi global, termasuk isu Brexit.

Ketua Penyelidik Pasaran dan Strategi Mata Wang FXTM, Jameel Ahmad berkata, ketidaktentuan pasaran global yang muncul semula berkait Brexit akan mempengaruhi permintaan di pasaran baru muncul minggu depan.

“Ia kelihatannya sama ada peniaga juga Parlimen United Kingdom (UK) yakin bahawa terma semasa yang dijamin oleh Perdana Menteri, Theresa May dengan Kesatuan Eropah untuk Brexit akan mudah diteruskan, yang menonjolkan keperluan peniaga memantau perkara ini sehingga Sidang Kemuncak Kesatuan Eropah yang dijangka pada 25 Nov 2018,” katanya.

Katanya, pasaran baru muncul di seluruh Asia mungkin tidak terdedah kepada risiko berkaitan Brexit seperti mereka yang dekat dengan UK dan Eropah, tetapi ia sesuatu yang boleh membuatkan pelabur kurang tertarik untuk melabur dalam aset berisiko, menyebabkan pasaran baru muncul akan terkesan secara negatif.

“Adalah menarik untuk melihat sama ada ketidaktentuan di Eropah menggalakkan pelabur untuk mengambil dolar untuk meningkatkan nilainya, yang akan membawa satu lagi kisah penyimpangan dolar yang menekan pasaran baru muncul di seluruh dunia sepanjang sebahagian besar tahun ini,” tambahnya.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit adalah dalam jajaran kecil berbanding dolar AS.

Ringgit didagangkan kebanyakan rendah kerana pelabur berubah ke arah mata wang yang selamat disebabkan Rizab Persekutuan AS mengesahkan kedudukan dasar kewangan kadar faedah yang meningkat hujung tahun ini.

Asas Jumaat ke Jumaat, ringgit lemah kepada 4.1900/1940 berbanding dolar AS daripada 4.1780/1810 minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, berbanding beberapa mata wang utama, ringgit didagangkan kebanyakan tinggi.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0428/0462 daripada 3.0315/0341 dan berbanding yen Jepun ia susut kepada 3.6946/6991 daripada 3.6685/6714.

Ia kukuh berbanding pound British kepada 5.3603/3671 daripada 5.4343/4386 tetapi lemah berbanding euro kepada 4.7506/7568 daripada 4.7362/7413.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.