
Pengerusi Datuk Rashid Din berkata calon popular itu yang sedang bersaing rapat dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tewas kerana tidak memobilisasi pengundi.
Beliau juga menepis dakwaan mengatakan JPP membuat kenyataan bertentangan berhubung kes godam sistem e-undi, selepas Rafizi kecewa pemilihan di Julau tidak diadakan semula.
“Kenyataan pertama JPP berdasarkan maklumat ketika itu. Selepas siasatan, kita keluarkan kenyataan berdasarkan maklumat terkini. Kenyataan itu tak ada pun sebut perkara bukan-bukan,” katanya.
Rafizi dalam satu kenyataannya hari ini berkata kenyataan JPP yang berkata kejadian tablet dicerobohi dan sistem e-undi digodam di Julau tidak mempunyai kesan kepada kewibawaan data adalah tidak masuk akal.
JPP hari ini membuat keputusan pemilihan bahagian Julau tidak akan diadakan semula susulan kes “serangan siber” ke atas sistem e-undi baru-baru ini.
Rashid berkata hasil pemilihan di Julau dikekalkan selepas mendengar penjelasan daripada unit operasi dan unit teknologi maklumat parti.
Beliau berkata siasatan terhadap pemilihan di Julau mengambil masa 2 hari.
“Kita ambil keputusan dengan lihat semua sisi dan bila kalah tidak bolehlah suruh buat pemilihan semula,” katanya.