
Bagi mereka yang berhadapan dengan perceraian, cuba elakkan 5 perkara di bawah bagi memudahkan transisi hidup ke singletown!
Kesal, simpati dan rasa bersalah
Sedih, marah, kecewa, kecil hati, keliru dan macam-macam lagi perasaan kurang enak yang bersarang di hati. Semua itu lumrah tapi tak perlu overdo. Berhenti mengenang sesuatu yang telah berakhir dan atur semula langkah ke hadapan. Atau sekurang-kurangnya berpura-pura sehingga anda benar-benar ok.
Tidak menerima kenyataan
Pi mai pi mai tang tu. Lebih cepat anda membenarkan diri anda menerima kenyataan perkahwinan anda sudah tamat, lebih cepat anda boleh merawat luka dan memulakan hidup baru.
Menjalin hubungan baru
Rebound atau mulakan hubungan baru secepat mungkin. Ini tidak digalakkan. Anda mungkin akan hanya menyakiti pasangan baru anda.
Menjauhi rakan dan keluarga
Cuba untuk tidak menyendiri. Dapatkan sokongan dari rakan rapat atau ahli keluarga bagi memudahkan transisi emosi yang anda lalui.
Lupa tanggungjawab pada diri sendiri
Jangan berhenti menyayangi diri sendiri. Jaga kesihatan dan penampilan diri.