Gaji minimum: MEF pertimbang tindakan undang-undang terhadap kerajaan

Gaji minimum: MEF pertimbang tindakan undang-undang terhadap kerajaan

Shamsuddin Bardan berkata kerajaan menyalahi Akta Majlis Perundingan Gaji Negara berhubung penetapan gaji minimum.

PETALING JAYA:
Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan berhubung penetapan gaji minimum.

Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan berkata keputusan kerajaan mewartakan kadar gaji minimum pada RM1,100 membelakangi Majlis Perundingan Gaji Negara dan menyalahi akta berkaitan.

Shamsuddin menjelaskan kerajaan sebelum ini mewartakan gaji minimum pada RM1,050 dan semakan gaji minimum hanya boleh dilakukan 2 tahun selepas itu.

“Bila kadar gaji minimum itu diwartakan, kerajaan menetapkan kadar itu untuk 2 tahun sehingga 2020. Kalau ada semakan pun ia akan berlaku pada 1 Januari 2021,” katanya.

Shamsuddin berkata tindakan undang-undang mungkin diambil sekiranya kerajaan menyelesaikan isu penetapan kadar gaji minimum itu.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran yang berkata keputusan menetapkan kadar gaji minimum pada RM1,100 bermula 1 Januari tidak bercanggah dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara kerana jemaah menteri mempunyai kuasa untuk menilai semula keputusannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.