Dr M: Dasar Pandang ke Timur diteruskan, dipertingkat

Dr M: Dasar Pandang ke Timur diteruskan, dipertingkat

Malaysia berharap kerjasama lebih rapat dengan Jepun, terutamanya dalam bidang pendidikan.

Dr Mahathir berkata, beliau percaya budaya dan nilai masyarakat Jepun menyumbang kepada pemulihan negara itu selepas Perang Dunia ke-2.
TOKYO:
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia akan meneruskan Dasar Pandang ke Timur dan mempertingkatkannya.

Perdana menteri berkata, Malaysia juga berharap kerjasama yang lebih rapat daripada Jepun terutamanya dalam bidang pendidikan.

Dr Mahathir berkata, beliau percaya budaya dan nilai sistem masyarakat Jepun menyumbang kepada pemulihan negara itu selepas perang (Dunia Kedua) dan keupayaannya untuk maju dengan begitu pantas sehingga berjaya menempatkan diri setanding dengan negara maju di Barat.

“Kali ini, di bawah Dasar Pandang ke Timur, kami akan meneliti keseluruhan sistem pendidikan Jepun, bermula dari tadika sehingga ke peringkat pendidikan tinggi,” katanya pada sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatan beliau dari Jepun, Shinzo Abe di sini, hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir dan Abe mengadakan mesyuarat delegasi di pejabat Perdana Menteri.

Dr Mahathir kini dalam hari kedua lawatan kerja 3 hari beliau ke Jepun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.