
Pesaing terdekat Gan Ping Sieu menyerah kalah. Seorang lagi pencabar yang tewas adalah Ngoo Tech Keong.
Keputusan sedang dikira ketika berita ini ditulis.
Sementara itu, Pengerusi MCA Perak Datuk Mah Hang Soon hampir pasti menjadi timbalan presiden selepas menewaskan bekas exco Johor, Tee Siew Kiong.
Selain 2 jawatan tertinggi itu, 4 calon yang akan menduduki kerusi naib presiden adalah Tan Teik Cheng, Ti Lian Ker, Lim Ban Hong dan Yew Teong Look.
25 calon dengan undi terbanyak akan dipilih ke jawatankuasa pusat.
Semalam, Nicole Siaw Ting menang jawatan ketua Pemuda dan menjadi wanita pertama menerajui sayap itu.
Kira-kita 32,000 perwakilan dari 188 bahagian memilih hari ini di 160 pusat mengundi seluruh negara.
Sebelum ini, penyandang presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan dia tidak akan bertanding pada pemilihan kali ini susulan prestasi terburuk MCA dalam pilihan raya umum 9 Mei lalu.