
Ketua Polis Daerah Kajang ACP, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata seramai 4 lelaki bersenjatakan objek menyerupai sepucuk pistol dan tukul menyerbu masuk ke kedai berkenaan dan memecahkan kaca meja pameran sebelum melarikan pelbagai jenis barang kemas.
“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Waja dipandu oleh seorang lagi lelaki yang menunggu dalam kenderaan itu.
Pencarian di lokasi kejadian juga menemukan 2 motosikal yang ditinggalkan dipercayai digunakan oleh suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya lagi, semua suspek memakai topi keledar ber”visor” (cermin tutup muka).
Ahmad Dzaffir berkata, Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan unit anjing pengesan polis (K9) turut dipanggil bagi membantu siasatan di lokasi kejadian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.