Dr M: Petronas mampu bayar dividen RM30 bilion kepada kerajaan

Dr M: Petronas mampu bayar dividen RM30 bilion kepada kerajaan

Media sebelum ini melaporkan wang itu akan digunakan untuk menyelesaikan tunggakan bayaran balik GST sebanyak RM37 bilion yang ditinggalkan kerajaan BN.

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Petronas mampu membayar dividen khas sebanyak RM30 bilion kepada kerajaan persekutuan tahun depan susulan kenaikanharga minyak mentah dunia.

“Tidak, mereka (Petronas) sudah membuat pertimbangan walaupun mereka memerlukan banyak dana untuk pengeluaran dan sebagainya. Namun, mereka mampu dengan jumlah tersebut.

“Kita harus tahu, harga minyak dunia telahpun meningkat. Sekiranya ia berada pada paras AS$40 setong, ia mungkin tidak mampu. Tetapi sekarang harganya hampir AS$80 setong,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen selepas pembentangan Bajet 2019, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan dana itu akan digunakan untuk menyelesaikan tunggakan bayaran balik GST sebanyak RM37 bilion yang ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Bajet 2019 di Dewan Rakyat petang tadi berkata, defisit fiskal tahun ini dijangka mencapai 3.7% dan peningkatan itu disebabkan komitmen perbelanjaan kerajaan terdahulu yang tidak menyediakan peruntukan bagi membayar hutang 1MDB sebanyak RM1 bilion.

Ia juga didakwa berpunca daripada pengambilalihan Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) di Johor RM1.3 bilion, Prasarana RM1 bilion dan projek rel Kementerian Pengangkutan RM1.4 bilion dan pembayaran balik GST RM3.9 bilion.

Defisit Malaysia ialah 3% tahun lalu, dan unjuran asal oleh kerajaan BN, ia akan merosot kepada 2.8% tahun ini.

Bon samurai

Perdana menteri berkata, sebahagian besar bon samurai berjumlah RM7.4 bilion yang dipinjam dari Jepun akan digunakan untuk membayar beberapa pinjaman berjumlah besar diambil kerajaan terdahulu.

Beliau berkata, kadar faedah yang dikenakan Jepun jauh lebih rendah daripada pinjaman yang diambil BN dahulu.

“Kerajaan terdahulu meminjam wang pada kadar 6%, tetapi untuk kadar itu, daripada mendapat 100% wang yang dipinjam, sebaliknya kami hanya dapat 90%.

“Jadi, kadar faedahnya ialah pada kadar 100%, apabila kadar itu meningkat kepada kira-kira 7%.

“Antara 7% dan 0.65%, saya rasa anda sedar ini ialah pengurangan sangat besar. Jika anda pinjam sesuatu dengan kadar faedah sangat tinggi dan anda menawarkan wang pada kadar faedah rendah untuk membayar balik pinjaman itu, ia bermakna (nilai) wang anda lebih murah.”

Katanya, Malaysia berterima kasih kepada Jepun atas tawaran mereka menjamin ¥200 bilion (RM7.4 bilion) dalam menerbitkan bon samurai bagi tempoh 10 tahun.

Keperluan Khazanah Nasional Bhd bina hub aeroangkasa atas tanah 80 ekar di Subang:

“Projek itu bersesuaian seiring dengan perkembangan industri penerbangan. Tanah-tanah itu mesti berdekatan dengan kawasan lapangan terbang kerana melibatkan fasa penerbangan masuk dan keluar.

“Saya kira industri penerbangan ini adalah satu bidang yang besar. Jadi, kita perlukan beberapa lokasi.”

Adakah bajet pertama PH mampu penuhi aspirasi rakyat:

“Kami akan cuba penuhinya. Pada masa sama, bajet kami tidak melebihi pendapatan kami. Tiada pinjaman diambil untuk menubuhkan syarikat baru bagi mencuri wang.

“Kami amat berhati-hati. Kami belanja berdasarkan kemampuan. Jika tak ada wang, kami tak belanja.”

Tabung Harapan:

“Wang yang dikumpul dalam tabung ini tiada tujuan spesifik selain membantu kerajaan menyelesaikan masalah kewangan. Kami akan gunakan dengan bijaksana.”

Adakah kerajaan sasar imbangi akaun kewangan dan tempohnya:

“Memanglah kita mahu mengimbangi akaun, tetapi kadang-kadang akaun itu tidak dapat diseimbangkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.