
Beliau berkata sikap mengambil mudah kepentingan pemeriksaan berkala pergigian boleh mengundang kepada risiko penyakit bahaya seperti ‘periodontal’ atau penyakit gusi.
“Sikap sambil lewa sesetengah individu hanya berjumpa doktor apabila gigi sakit atau sudah longgar perlu diubah agar rawatan awal boleh diambil bagi mengelak daripada risiko penyakit bahaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Pergigian warga Kolej Komuniti ‘Transformation With 1 Smile Together’ (TW1ST) peringkat negeri di Ayer Keroh di Melaka.

“Ada juga yang bertanya… kenapa gigi tak berlubang tetapi berasa ngilu? (Sebenarnya) gusi yang tak sihat lama-lama akan menurun hingga mendedahkan akar gigi seterusnya longgar dan terpaksa dicabut.
“Jika terdapat tanda-tanda awal seperti gusi bengkak dan berdarah (ketika menggosok gigi), segeralah mendapatkan rawatan lanjut bagi mencegah kerosakan,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Nomah berkata negara masih belum mencapai sasaran satu doktor gigi untuk 1,500 penduduk dengan nisbahnya ketika ini adalah satu doktor gigi bagi 3,728 penduduk.