Anak tanpa kepala untuk Halloween, ibu dibanjiri pujian

Anak tanpa kepala untuk Halloween, ibu dibanjiri pujian

Ibu tersebut Krystel Hwang mendandan anaknya Maya dalam pakaian bermotif flora kononnya mendukung kepala di atas pinggan.

Apa tahap imaginasi anda untuk mengubah penampilan anak sempena sambutan Halloween?

Paling-paling pun, melaram dengan pakaian bertema, bersolek, menempek muka dengan bedak putih dan colek gincu di sekitar mulut. Kecuali kalau ada wang dan kemahiran lebih, maka bolehlah berusaha lebih sikit.

Bagi seorang ibu di Filipina, imaginasinya memang di luar jangkaan apabila berjaya menyuntik watak ngeri kepada 2 anak perempuannya sempena Halloween 2018.

Kanak-kanak itu menjadi sensasi media sosial sebagai penampilan seram yang paling realistik dikongsi di laman sosial di mana seorang berpewatakan tanpa kepala dan kakaknya pula penyembelih manusia yang seram.

Menurut Mashable, ibu kanak-kanak itu merakam aksi “trick or treat” anaknya di Southbay Village, Paranaque, Filipina dan berkongsinya di laman sosial, Facebook dan Instagram.

Ibu tersebut Krystel Hwang mendandan anaknya Maya dalam pakaian bermotif flora kononnya mendukung kepala di atas pinggan.

Lebih mengujakan apabila ibu tersebut turut mengubah bahagian atas badan dan leher (yang sebenarnya merupakan patung) sebagai bakul untuk menyimpan gula-gula pemberian jiran-jiran mereka.

Maya ditemani kakanya, yang berpewatakan sebagai penyembelih manusia yang seram.

Video rakaman yang viral menerima pelbagai reaksi di mana kebanyakan netizen menyifatkan ibu tersebut sebagai seorang yang kreatif dan hasilnya sebagai pakaian Halloween terbaik buat tahun ini.

Apa pendapat anda, cukup seram tak? Atau pun comel kerana terlalu kreatif?

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.