Skim sewa beli rumah boleh dilaksana, kata timbalan menteri

Skim sewa beli rumah boleh dilaksana, kata timbalan menteri

Raja Kamarul bagaimanapun berkata, skim itu bergantung kepada institusi kewangan dan pemaju perumahan.

Raja Kamarul berkata, skim sewa beli rumah mampu milik tidak terjual adalah langkah kreatif yang menguntungkan semua pihak.
PETALING JAYA:
Skim sewa beli untuk rumah mampu milik yang tidak terjual boleh dilaksanakan, kata Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu bagaimanapun berkata, kebolehlaksanaan skim terbabit sangat bergantung kepada kesediaan institusi kewangan dan pihak pemaju perumahan.

“(Kalau) ada institusi kewangan yang sanggup mengamalkan skim ini kita rasa itu adalah satu langkah yang amat baik, terutama dalam situasi ekonomi sekarang yang kurang aktif.

“Ini satu langkah kreatif dan kita memang alu-alukan institusi kewangan memberi kelonggaran serta kemudahan pinjaman,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, ilai keseluruhan rumah tidak terjual di seluruh negara mencecah RM22.5 bilion ketika ini.

Katanya, 73% rumah yang tidak terjual itu termasuk ke dalam kategori rumah mampu milik bernilai RM250,000 ke bawah.

Dalam pada itu, seorang penganalisis ekonomi mencadangkan pemaju menawarkan rumah mampu milik yang tidak terjual dalam bentuk skim sewa beli yang akan menguntungkan mereka an juga penyewa.

Pensyarah Universiti Tun Abdul Razak, Prof Barjoyai Bardai menyarankan pemaju menyewakan unit tidak terjual kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Mengulas lanjut, Kamarul Bahrin berkata, tidak ada masalah sekiranya skim berkenaan dilaksanakan dengan terma yang dipersetujui bersama dengan syarat ia tidak membebankan pembeli.

“(Ia) akan membantu kita mengatasi masalah unit rumah yang tidak terjual dan mereka yang masih tidak emiliki rumah berpeluang mendapat rumah lebih awal kerana bih lama kita tunggu, harga rumah akan naik.

“Saya rasa ini akan menguntungkan banyak pihak, bank pun dapat meneruskan perniagaan mereka,” katanya.

Bagaimanapun Kamarul Bahrin berkata, kerajaan tidak boleh memaksa pihak pemaju atau bank supaya menawarkan skim terbabit.

“Mereka perlu tengok dari segi kewangan. Kalau mereka tak nampak boleh ‘cover’ kos atau mendapat keuntungan, mereka tak boleh laksanakan skim tersebut,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.