
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata proses untuk membawa seorang wanita dan 2 anaknya yang masing-masing berumur 2 tahun dan 5 tahun itu memakan masa sehingga sebulan.
Beliau berkata ia merupakan kerjasama bersama Pertubuhan Perisikan Kebangsaan Turki yang sentiasa bertukar dan berkongsi maklumat dengan polis.
“Polis beri jaminan keselamatan 3 keluarga bekas pejuang IS yang dibawa pulang dari Syria. Mereka akan melalui proses penilaian dan pemulihan.
“Setakat ini, terdapat 102 rakyat Malaysia disyaki sertai IS terkandas di negara bergolak itu (Syria) dan daripada jumlah itu, 37 terkorban termasuk dalang IS,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.
Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism E8, Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.