
Katanya, kehadiran 100% juga sukar dicapai apabila perbahasan berlarutan sehingga lewat malam.
“Semua orang faham menteri pun ada urusan di pejabat. Kita bukan macam Parlimen di Australia, semua dalam satu bangunan, kementerian mungkin (terletak) di sebelah kiri, Parlimen di tengah, mereka boleh datang secepat mungkin.
“(Di sini), menteri duduk di Putrajaya ada urusan, benda-benda ini harus kita fikirkan. Kadangkala dewan penuh atau kurang sikit. Kalau kita ke Parlimen luar negara sama sahaja,” katanya selepas pelancaran sebuah buku di Parlimen hari ini.
Ariff mengulas kenyataan Awang Hashim (PAS-Pendang) yang sesi petang persidangan Dewan Rakyat semalam amat rendah, iaitu tidak melebihi 20%.
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak turut membangkitkan isu sama ketika beliau membahaskan laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11, semalam.
Hari ini, Ariff berkata, selagi ada korum, apa yang dibahaskan di Parlimen akan direkodkan dalam hansard.
“Itu yang penting, kemukakan apa yang kehendak di Parlimen supaya direkodkan.
“Macam di kamar khas, kadangkala tidak sampai 10 orang penting masalah dikemukakan dan rekod dalam hansard, bukan berapa ahli.”
Mengenai cadangan Awang mengkaji pemotongan elaun ahli Parlimen yang gagal menghadiri sidang Dewan Rakyat tanpa alasan munasabah, Ariff berkata, tindakan itu terlalu drastik.