
Majistret, Mohd Harith Mohd Mazlan yang menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Nuralif Shaufik Ahmad Fauzi, 25, turut memerintahkan tertuduh dipenjara 5 bulan jika gagal membayar denda.
Mengikut kertas pertuduhan, Nuralif Shaufik didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Ridwan Abdullah, 24, di Stesen Minyak Petronas di Sungkai, dekat sini, pada 12.45 tengah hari 6 Oktober lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, tertuduh menerusi peguamnya, S Kavitha merayu hukuman denda paling minimum atas alasan dia merupakan anak tunggal, menanggung ibu bapanya yang sudah tidak bekerja serta insaf dengan perbuatannya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Fatin Farahiyah Nadzri memohon hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi perbuatan sama.