Wanita paling subur memiliki 44 anak pada usia 40 tahun

Wanita paling subur memiliki 44 anak pada usia 40 tahun

Kita mungkin fikir beberapa kali untuk beranak sekiranya sudah mempunyai anak yang ramai. Ini kerana keadaan ekonomi dan sosial semasa yang menyukarkan kita membesarkan serta memberikan yang terbaik kepada anak-anak. Berbeza dengan seorang wanita yang juga bersendirian menjaga anak-anaknya, tidak pernah berputus asa mahupun melepaskan tanggungjawab sebagai seorang ibu bagi 44 orang anaknya. Mariam Nabatanzi...

Mariam yang kini mempunyai 38 anak memastikan anak-anaknya diberi makanan setiap hari dengan melakukan kerja harian.

Kita mungkin fikir beberapa kali untuk beranak sekiranya sudah mempunyai anak yang ramai. Ini kerana keadaan ekonomi dan sosial semasa yang menyukarkan kita membesarkan serta memberikan yang terbaik kepada anak-anak.

Berbeza dengan seorang wanita yang juga bersendirian menjaga anak-anaknya, tidak pernah berputus asa mahupun melepaskan tanggungjawab sebagai seorang ibu bagi 44 orang anaknya.

Mariam Nabatanzi dari daerah Mukono, Uganda mempunyai 44 orang anak sekaligus menjadi wanita paling subur di negara itu menjadi ibu sejak berusia 13 tahun ekoran kehamilan kembar 2, 3 dan 4 serta tunggal.

Bolehkah anda bayangkan kehidupan wanita berusia 40 tahun itu menjaga anak-anaknya?

Hakikatnya, Mariam membesarkan anak-anak seorang diri selepas suaminya langsung tidak mengendahkan keluarganya.

Suami Mariam sesekali melawatnya, itu pun pulang lewat malam dan keluar awal pagi, dalam keadaan mabuk dan ganas.

Jadi Mariam terpaksa melakukan pelbagai kerja untuk memastikan semua anaknya terjaga, paling penting tidak berlapar walau sehari sekalipun.

Mariam Nabatanzi.

“Saya membuat kerja memastikan anak saya dapat makan. Saya mendandan dan menghias pengantin wanita, menjaga aksesori sebagai perniaggaan utama selain kerja harian yang lain,” katanya kepada Daily Mirror.

Dia memerlukan sekurang-kurangnya RM108 untuk kesemua anaknya serta dirinya makan pada satu-satu hari.

Buat masa kini, Mariam menjaga 38 anak yang masih hidup, selebihnya meninggal dunia atas pelbagai sebab rata-rata kesihatan.

Menurut laporan itu lagi, wanita itu berkahwin pada usia 12 tahun selepas didera oleh ibu tirinya dan berakhir dengan berkahwin seorang lelaki yang 28 tahun lebih tua darinya.

Walaupun begitu, hidupnya tidak pernah tenang, kerana suaminya juga seorang pendera dan jarang berada di rumah selain mempunyai ramai lagi isteri dan anak.

“Suami saya kahwin ramai wanita dan mempunyai ramai anak. Saya juga terpaksa menjaga mereka kerana ibu mereka entah ke mana,” kata Mariam lagi.

Lazimnya kehamilan Mariam merupakan kembar 2, 3 atau 4 dan ia disebabkan faktor genetik keluarganya.

Menurut pakar sakit puan Hospital Mulago, Kampala, Uganda, Dr Charles Kiggundu, memandangkan bapa Mariam sendiri mempunyai 45 anak dengan beberapa wanita juga melibatkan kelahiran kembar 3, 4, 5 dan 6, maka ia juga mempengaruhi genetik Mariam.

“Mariam berdepan dengan isu hyper-ovulate di mana hormonnya melepaskan banyak telur dalam satu kitaran haid, yang akan meningkatkan peluang kehamilan berganda,” kata doktor.

Walaupun pada awalnya dia sukar membuat sebarang perancangan kerana ia boleh memberi kesan negatif termasuk risiko kepada nyawa, 2 tahun lepas dia berjaya menghentikan kehamilan menerusi pembedahan pemotongan peranakan.

Menariknya, dalam temuramah yang sama, anak slurung Mariam yang kini berusia 23 tahun, Charles mengakui kali terakhir berjumpa bapanya ketika berusia 13 tahun.

Malah kebanyakan adik-beradik langsung tidak pernah menemui bapanya, kalau ada pun dalam keadaan tergesa.

“Saya teruskan juga kehidupan ini kerana ibu saudara saya menasihati saya supaya menjaga perkahwinan dan anak-anak, kerana ia tanggungjawab saya. Lagipun dia melarang saya berhubungan dengan lelaki lain,” kata Mariam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.