Gempa berukuran 5.3 magnitud gegar wilayah Chiba, Jepun

Gempa berukuran 5.3 magnitud gegar wilayah Chiba, Jepun

Gegaran berpusat di timur laut wilayah Chiba pada 35.7 darjah utara dan 140.7 darjah timur dengan kedalaman 50 kilometer.

Empat kawasan di wilayah Chiba dan 2 di Tokyo merekodkan bacaan 7 pada skala intensiti seismik. (Gambar Google Maps)
TOKYO:
Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud melanda wilayah Chiba, Jepun pada 1.15 petang (waktu tempatan), menurut Agensi Meteorologi Jepun pada Jumaat.

Gegaran berpusat di timur laut wilayah Chiba pada 35.7 darjah utara dan 140.7 darjah timur dengan kedalaman 50 kilometer, lapor agensi berita Xinhua.

Empat kawasan di wilayah Chiba dan 2 di Tokyo merekodkan bacaan 7 pada skala intensiti seismik.

Setakat ini tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.