Individu ini amal terapi minum air kencing sendiri untuk kesihatan

Individu ini amal terapi minum air kencing sendiri untuk kesihatan

Namun, para doktor menghalang pengambilannya kerana walaupun 95% bahan kumuh itu terdiri daripada air, tetapi 5% diisi pelbagai komponen termasuk bakteria tubuh.

Pertama kali melihat seseorang meminum air kencing sendiri adalah dalam filem Waterworld lakonan Kevin Costner, namun ia hanya filem, bukan realiti.

Bagaimanapun, amalan meminum air kencing sendiri bukanlah sesuatu yan baharu tetapi diamalkan secara tradisional dalam beberapa kepercayaan perubatan.

Kini, amalan itu dikatakan kembali aktif apabila ramai yang memilihnya sebagai bahan minuman selain digunakan untuk disapu pada wajah.

Namun, para doktor menghalang pengambilanya kerana walaupun 95% bahan kumuh itu terdiri daripada air, tetapi 5% diisi pelbagai komponen termasuk bakteria tubuh.

Sebenarnya, kelakuan minum air kencing dalam amalan tradisi dilakukan daripada diet atau pemakanan yang sangat tegas atau berpuasa untuk tempoh yang lama.

Tetapi beberapa individu baru-baru ini mengakui mempraktis amalan sama untuk kulit yang lebih licin, membantu dalam menurunkan berat badan dan kesan positif yang lain pada tubuh, lapor Daily Mirror.

Kieran ‘Raw Gong’ Hughesdari UK mengakui hanya memakan buah-buahan dan mengamalkan amalan minum air kencingnya selain digunakan sebagai toner muka untuk kesan awet muda.

Dia melakukannya sejak 4 tahun selepas mendapati ia memberikan tenaga luar biasa.

Kieran juga berkata idea tersebut diperoleh selepas membaca buku berjudul ‘Secrtes To An Alkaline Body’ (Rahsia Untuk Tubuh Beralkali) oleh Dr David Jubb.

Ia memberinya penghidratan, kejelasan, tahap tenaga yang lebih baik dan fungsi keseluruhan badan yang sihat.

Dia juga menambah air kencing pada waktu pagi jauh lebih ‘hebat’ kerana kaya kandungan melatonin dan boleh menunjukkan kesan yang lebih ketara.

Bagi seorang penamal yoga dan penulis gaya hidup, Sophie Prana, terapi air kencing menghentikannya daripada amalan minum kopi.

Sophie berkata ia memberi manfaat yang tidak terhingga untuk penyembuhan usus, penyembuhan kulit dan sokongan detoks.

Dia juga akan mengaplikasinya di atas muka jika ada ruam atau jerawat.

Selain mereka, FMT Ohsem juga mendapati segolongan individu popular yang pernah secara terang-terangan akui mengamalkan terapi air kencing. Antaranya ialah:

Pelakon British, Sarah Miles dikatakan meminum air kencingnya sendiri selama lebih 30 tahun untuk kekebalan imuniti terhadap alahan dan kebaikan kesihatan yang lain.

Pemain besbol Liga Major, Moisés Alou kencing atas tanganya sendiri untuk menyingkir kulit keras dan kering supaya dia dapat menangkap bola tanpa menggunakan sarung tangan besbol.

Madonna dalam satu rancangan bual bicara mengaku kencing di atas kakinya ketika mandi untuk menyembuhkan masalah tapak kaki atletiknya.

Pakar seni pertahankan diri, Lyoto Machida mendedahkan minum air kencingnya sendiri selepas diajar berbuat demikian oleh bapanya Yoshizo Machida, selepas tidak dapat merawat masalah batuk yang dihidapinya sejak bertahun.

Peninju, Juan Manuel Márquez juga minum air kencingnya sendiri ketika sesi latihan rakaman filem bersiri di HBO untuk kekal bertenaga dengan sumber nutrisi yang kaya itu.

Pada 1978, Perdana Menteri India ketika itu, Morarji Desai juga diakui mengamalkan terapi air kencing sejak sekian lama sebagai terapi solusi untuk pelbagai masalah perubatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.