
Seorang kanak-kanak lelaki menjadi selebriti laman sosial dalam semalaman selepas aksi comelnya mengorak langkah pertama menjadi viral.
Ini kerana kanak-kanak berusia 2 tahun itu, Roman Dinkel menghidap penyakit spina bifida iaitu sejenis kecacatan pada tulang belakang dan sumsum tulang belakang bayi yang disebabkan pembentukan sumsum tulang belakang tidak sempurna pada bayi selama dalam kandungan.
Dalam rakaman itu, kanak-kanak yang petah bercakap itu berkongsi kegembiraan kemampuan berjalan menggunakan alat sokongan kepada anjing peliharaannya, Maggie.
“Lihat, Maggie! Saya berjalan, Maggie!” kata-kata itu jelas kedengaran dalam video itu.
Ia menerima respon positif selain beribu-ribu perkongsian di media sosial.
“Dia kawan baik kepada semua. Dia boleh membawa senyuman kepada semua,” kata Whitney Dinkel, ibu kepada anak kecil itu.
Dinkel mempunyai 3 orang anak dan tinggal di Overland Park, Kansas.
Ketika usia kandungan Dinkel berusia 20 minggu, doktor mendedahkan mengenai penyakit Roman.
Dia turut menjalani pembedahan untuk memperbaiki masalah pernafasan ketika masih dalam kandungan dan pergerakan fungsi pada kaki Roman selepas dilahirkan.
“Sebelum Roman dilahirkan, kami diberitahu ada kemungkinan dia tidak dapat berjalan,” kata ayah Roman, Adam Dinkel, kepada “Good Morning America.”
“Kami sangat resah dan bingung memikirkan masa depannya. Semua ibu bapa pasti mahukan kehidupan yang sempurna buat anaknya,” katanya lagi.
Apapun, Roman bukan lagi kanak-kanak biasa tetapi mempunyai berjuta-juta penggikut di laman sosial dengan video dia berjalan menjadi viral.
Rom dilahirkan pada 5 Mei 2016, dan dengan bantuan terapi chiropratic dan fizikal, menggunakan walker setahun kemudian untuk bergerak.
Hanya baru-baru ini, anak kecil itu menggunakan tongkat dan mengambil langkah pertama secara sendiri.
Kehidupan Roman dikongsi di halaman Facebook dengan tajuk, “Defying Odds: The Roman’s Journey” menerima jutaan komen dari seluruh dunia yang akui kanak-kanak itu mempunyai motivasi positif.
Keluarga Dinkel berharap agar video Roman juga akan membantu memberi kesedaran mengenai penyakit spina bifida.
https://www.facebook.com/romanclevelanddinkel/videos/685029751850644/