Perawatan kecantikan ala-Hollywood yang popular

Perawatan kecantikan ala-Hollywood yang popular

Pelakon Hollywood antara pencetus pelbagai jenis perawatan muka, badan dan rambut sehingga ia dipatenkan menjadi jenama yang diburu semua.

Kulit yang mulus, licin dan tanpa sebarang cacat cela menjadi ukuran bagi kecantikan seseorang.

Bercakap mengenai kecantikan hampir semua pelakon mempunyai kecantikan muktamad dan mereka juga menjadi perintis kepada pelbagai jenis rawatan kecantikan sehingga menjadi ikutan.

Pelakon Hollywood antara pencetus pelbagai jenis perawatan muka, badan dan rambut sehingga ia dipatenkan menjadi jenama yang diburu semua.

Kini di pasaran terdapat pelbagai rejim perawatan kecantikan yang dipercayai mampu merawat kulit wajah, menjadikannya sesempurna yang mungkin. Mari kita lihat beberapa rawatan yang popular pada masa kini diamalkan ataupun dipopularkan oleh pelakon Hollywood.

1. Lais Ribeiro dan Alessandra Ambrosio

Supermodel Victoria’s Secret, Lais Ribeiro dan Alessandra Ambrosio memiliki rambut yang menawan, rupa dan bentuk badan tak perlu cakaplah. Alessandra memuatnaik gambar foto dirinya di Instagram menunjukkan dia sedang melakukan rawatan rambut dengan membakarnya menggunakan lilin menyala. Ia dikenali sebagai rawatan Velaterapia yang juga dikenali dengan nama terapi lilin. Ia diakui sangat berguna untuk mengelak rambut bercabung. Teknik rawatan rambut yang berasal dari Brazil ini dilakukan dengan membakar ujung rambut dengan api agar rambut tidak bercabang.

2. Beyonce

Penata rias Beyonce, Jhon Smalls mengakui memakai krim penghadang matahari sebelum mengenakan highliter pada wajah. Dia mengaplikasi kaedah tersebut setiap kali menyolek diva berusia 37 tahun itu. Malah, Jhon Smalls juga mengaku menggunakan penghadang matahari untuk membuat kontur pada wajah.

3. Shailene Woodley

Pelakon dari Amerika Syarikat ini pernah mengakui memakan tanah liat untuk membersihkan toksik dalam tubuhnya. Katanya, tanah liat dapat menahan bahan berguna di dalam tubuh dan mengeluarkan bahan-bahan yang meracuni tubuh.

4. Kim Kardashian

Wanita bertubuh seksi ini terkenal dengan perawatan Vampire Facial. Terapi kecantikan yang mendapat jolokan ‘vampire’ ini sangat popular dalam kalangan artis, kini dengan mudah didapati di semua klinik estetika. Terapi ini ini melibatkan pengambilan darah dari tubuh dan diekstrak untuk mengasingkan plasma yang kaya dengan trombosit. Setelah itu, darah tersebut akan digunakan secara topikal atau disuntik kembali pada wajah.

5. Victoria Beckham

Victoria Beckham merupakan penggemar rawatan muka tradisional “geisha” dari Jepun. Perawatan wajah ini memanfaatkan kotoran burung merbah. Kotoran burung merbah ini akan dibersihkan terlebih dahuli melalui sinar ultraviolet dan diubah menjadi serbuk yang kemudiannya digunakan untuk perawatan kulit. Cara ini dikatakan dapat mencerahkan, menyembuhkan, dan memulihkan kulit dan memberi keserian.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.