SPRM bebas anak lelaki Azeez

SPRM bebas anak lelaki Azeez

Lelaki berusia 24 tahun itu dibebaskan kira-kira jam 2 pagi tadi selepas selesai memberi keterangan kepada SPRM.

Lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek kerajaan bernilai jutaan ringgit.
PETALING JAYA:
Anak lelaki Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam dibebaskan awal pagi tadi.

Sumber SPRM memberitahu FMT, lelaki berusia 24 tahun itu dibebaskan kira-kira jam 2 pagi selepas selesai memberi keterangan kepada SPRM.

Anak lelaki Azeez ditahan jam 12.00 tengah hari semalam selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

Media melaporkan lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek kerajaan bernilai jutaan ringgit.

Pada 25 September lalu, Azeez, abangnya serta sepupu mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes sama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.