Ethiopia: 44 maut akibat pertempuran etnik, puluhan ribu larikan diri

Ethiopia: 44 maut akibat pertempuran etnik, puluhan ribu larikan diri

Keganasan bermula apabila pegawai dari Benishangul-Gumuz ditembak mati oleh lelaki bersenjata tidak dikenali.

Puluhan ribu penduduk melarikan diri dari rumah masing-masing dan pasukan keselamatan dikerahkan mengawal lokasi kejadian.
ADDIS ABABA:
Seramai 44 orang maut dalam pertempuran antara kumpulan etnik di barat Ethiopia, lapor media tempatan.

Pertempuran berlaku di sempadan antara tengah Oromia dan wilayah barat Benishangul-Gumuz.

Keganasan bermula apabila pegawai dari Benishangul-Gumuz ditembak mati oleh lelaki bersenjata tidak dikenali, kata ketua perhubungan komunikasi wilayah, Zelalem Jaleta.

Puluhan ribu penduduk terpaksa melarikan diri dari rumah masing-masing dan anggota pasukan keselamatan dikerahkan mengawal lokasi kejadian.

Benishangul-Gumuz satu daripada 9 wilayah di Ethiopia, yang merentasi sempadan Sudan.

Pejabat Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (OCHA), mengatakan kira-kira 70,000 orang berpindah akibat gelombang keganasan itu yang tercetus pada Rabu lalu, menyaksikan 4 pegawai tinggi turut maut.

Keganasan terus tercetus meskipun perdana menteri Ethiopia yang baru Abiy Ahmed mendapat pujian seluruh dunia kerana agenda reformasinya, ia secara tidak langsung merosakkan reputasi beliau.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.