Aiskrim vegan diperkenalkan di pasaran UK, Eropah

Aiskrim vegan diperkenalkan di pasaran UK, Eropah

Aiskrim yang dibuat sepenuhnya menggunakan bahan dari tumbuh-tumbuhan itu disahkan oleh Kesatuan Vegetarian Eropah selain menerima respon baik daripada pengguna yang menikmatinya pada fasa percubaan.

Jenama makanan aiskrim terkenal di dunia, Magnum memperkenalkan variasi aiskrim vegan iaitu bebas tenusu kepada pelanggan yang mengamalkan pemakanan tersebut.

Bagaimanapun aiskrim vegan itu hanya terhad untuk pasaran Eropah dan United Kingdom (UK) sahaja.

Menggunakan bahan asas kacang pea, aiskrim berasaskan protein itu diperkenalkan dalam 2 perasa iaitu klassik serta kacang badam dan dijual pada harga RM20 (£3.69) untuk 3 sebungkus.

Pilihan Klassik mengandungi krim di tengah dan diliputi coklat makanan pilihan Badam pula dengan kekacang itu dalam salutan coklat.

Buah koko yang digunakan Magnum untuk variasi aiskrimnya dipetik khas dari ladang yang diiktiraf, Rainforect Alliance dan bahagian isi aiskrim itu pula diperbuat menggunakan kacang pea.

Aiskrim yang dibuat sepenuhnya menggunakan bahan dari tumbuh-tumbuhan itu disahkan oleh Kesatuan Vegetarian Eropah selain menerima respon baik daripada pengguna yang menikmati aiskrim itu ketika fasa percubaan.

Terdapat sekitar 3.5 juta orang vegan di UK sahaja dan angka itu dijangka meningkat oleh pasaran pemakanan dunia.

Selain ais krim vegan, banyak lagi makanan berasaskan daging dan tenusu yang diperkenalkan dalam pilihan vegan menggunakan sumber alternatif dari tumbuh-tumbuhan dan soya di seluruh dunia.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.