
Selain ahli Majlis Tertinggi Umno itu, Majistret Shah Wira Abdul Halim turut membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mereman abang Azeez, Abdul Latif dan sepupu mereka, Mohamad Nazri Osman selama 4 hari.
“Selepas penghujahan, majistret membenarkan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah,” kata peguam mereka, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos di luar mahkamah hari ini.
Azeez, Abdul Latif yang merupakan pengurus besar sebuah syarikat serta Nazri ditahan SPRM semalam.
Ketiga-tiganya tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dengan baju lokap SPRM berwarna jingga dan tangan digari.
Difahamkan, mereka bertiga ditahan berhubung dakwaan penawaran kontrak berkaitan TH dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM.
Sumber SPRM berkata, siasatan turut dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFA).